Pages

Tuesday 12 December 2017

Pejuang Kawan

Ada setengah orang yang ikhlas berkawan dengan kita tanpa ada sebarang faedah
ada juga "friend with benefit" .. ini seperti hampas kelapa
santan di ambil kering hampas dibuang merata
Paling teruk di fitnah pula santan bawa binasa
ada sesetengah pula, bila berkawan baik di depan tapi cemburu atau iri hati dibelakang walaupun di depan semua yang keluar bunga bunga sahaja..
Ada yang manis di depan tapi di belakang ada saja cacat cela kita.
Ada yang di depan mulut menyakitkan tapi hakikat dialah yang sentiasa bersama suka dan duka.
Ada pula yang ketika kita senang dia tak ubah seperti sedara tapi pabila susah musuh pun lagi baik dari dia.
Ada pula bila kita tak pernah berfikir apa-apa keburukan pada dia, sengaja dibuat drama agar ada satu cerita untuk orang bertanya.
Hidup penuh negatif sentiasa ibarat apa yang dia buat sentiasa hina sentiasa sedangkan orang tidak fikir sedemikian rupa.
Ada pula yang tidak kita kenal dia siapa tapi gaya bercerita seolah dia itu tinggal bersama dan lahir dan ibu yang sama.
Ada pula baik buruk tingkalaku kita, dia menerima seadanya, bagi dia engkau sahabat selamanya.
Ada pula jika tersalah dan cela kita tak hirau dia tegur selamba bukan untuk orang lain tapi untuk kebaikan diri kita juga.
Ada pula yang tak boleh di tegur sebab bagi dirinya dia betul segala. Jadi orang lain diam-diam sahaja.
Ada pula yang baru hijrah bertutup segala tapi di celanya pula yang masih baru bertatih mencari jalan ke syurga.
Jika umurmu masih muda mungkin keseronokan ikut menjadi pilihan. kuantiti kau gebang-gebangkan. Kau bangga sana sini orang bertegur riang.
Bila umur mu makin berusia, kualiti itu yang kau cari, tak lagi kawan yang hu ha hu hi...
Hidup ini penuh dengan pelbagai ragam kawan.
Pilihlah yang membawa kebaikan, yang membimbing bersama menjadi jiranmu kelak di syurga.
Sebab hakikatnya islam itu adalah saudara
Kasihkan saudara tegurlah dia
Pejuang itu memang pahit perjalanannya.
The Manhattan
3:37pm

Tuesday 2 August 2016

Pasal Kawin yang delay bertahun

Selamat ulangtahun yang ketiga perkenalan kita. What?? Tiga tahun baru kenal. Yup... Indeed, aku rasa leih bahagia bercinta selepas kahwin sebab semuanya halal. Yup, bahagia itu tak perlu di tunjuk kepada sesiapa. Isi rumah saja yang tahu segalanya.

Biar kita lambat, asalkan dapat yang berkat dan terbaik. Dan ya aku masih lagi belajar menjadi seorang isteri dan ibu yang terbaik untuk dua hero kesayangan aku. Alhamdulillah, now i would say  how thankful am i for wut i have in my life now.

My husband pun saling sama ingat mengingati satu sama lain. Boleh terima perangai gila-gila aku dan dia sehabis baik mencuba menjadi yang terbaik pada aku dan iman.

Throwback, masa kami kawin.. Bila aku ingat balik.. Allah memang dah janji,jika itu pasangan kamu, Semua jalan terbuka dengan senang. Persiapan kami pun berjalan lancar... Just ada sikit drama from dunia luar.. Hahaha.. which is for me.. ni semua dugaan. dalam perjalanan kita nak mendaki bukit someone yang tak sehaluan kena di tinggalkan. Kita berpimpin tangan dengan orang yang membawa kita kepada kehidupan yang lebih positif.


Aku tanya dengan laki aku, apa dia rasa lepas dia angkat ijab di tangan bapakku sendiri... HAAA bapakku sendiri hokay.. Siap dalam video laki aku kena urut belakang ngan jirang dia kasi betul2 tenang. Lawak hokay. Dia cakap tuhan jer yang tahu betapa gemuruh, mcm tu laa semua lelaki rasa bila di time shake hand tu. Dia cakap macam satu aura yang sebak, gembira semua bercmpur baur. But congrats for him dengan sekali lafaz.. semua tanggungjawab bapak aku dah beralih kepadanya.

On september ni iman dah masuk setahun then November plak anniversary perkahwinan yang kedua... Woooooooooooo... kedua.... congrats again encik suami kerana sentiasa bersabar dengan perangai adinda.

Masa yang di tunggu2.. sah menjadi kekasih halal


Gapai tangan ini dan jalanlah bersamaku, bukan di belakang atau di depan ku, tapi di sisi untuk kita sentiasa bersama hingga ke syurga
p/s: lepas aku type ni aku mula rasa pening melugai. (ayat chenta parah)
God create to different people to complete each other




It's sad  for me to see this picture because some of them not in my life journey anymore. For them that still stick till now. U are truely friend that i always loved and always be in my heart forever and u guys are truely amazing. We still can handle emotion and obtacles together without any drama.

Biasala nok.. kita tak dapat nak jangka hati semau manusia.

Apapun, aku dah makin matang handle situasi yang merepek lepas jadi mak orang ni. More calm and dapat menerima buruk baik orang dengan hati terbuka.


Monday 1 August 2016

Kenapa laa malas benau

I don't know why...
lately malas gila laa nak menulis.
Tapi bila tak depan lappy or ngadap blog post perghhh ayat mencurah-curah keluar
Thah bila bukak jer nak write post terus ke hulu semuanya.
Last-last aku tengok screen.. screen tengok aku
Sama-sama senyum.
Buat sepatah dua ayat.
Last semua masuk dalam draft
Lepas berminggu habuk dalam draft box.. terus kena delete.
Hai laa jari jangan laa malas oooi... tolong

Tuesday 26 July 2016

Patahnya sayap keluarga jika salah seorang di timpa musibah

Sudah hampir setahun mak meninggalkan kami sekeluarga. Kenangan dan memori takkan pernah padam. Megimbau saat pertama kali mak sakit. Waktu tu aku masih di tingkatan 4, masa tu mak masih lagi kuat. Kaki mak masih lincah berjalan ke sana sini. Walaupun mak hanya sebagai pesakit diabetes. Apa yang aku akan coretkan di sini, sekadar perkongsian yang boleh kita lakukan sebagai anak. Tak kiralah apa jua sakit yang ahli keluarga kita hadap. Betapa kita perlukan korbankan keseronokan, masa dan juga wang ringgit.  Dalam  situasi ini, jika salah seorag ahli keluarga sakit, yang lain juga akan turut terpalit dengan kesakitan itu. Apa yang aku maksudkan dengan terpalit dengan kesakitan mereka.. semua jadual kita dan juga perancangan kita akan berubah.

Fasa kedua arwah mak sakit teruk, masa tu kami semua sibuk bekerja, mak seperti biasa dengan hobinya bercucuk tanam dengan tak sengaja tercucuk duri pokok bunga kertas di kaki. Arwah mak diam orang nya, kalau dia sakit biasanya dia akan sembunyikan sakitnya dari pengetahuan semua termasuk bapak. Sampai satu tahap, kakinya membengkak teruk, bernanah dan dia demam berikutan kuman dah menyerang badan. Masa tu aku baru habis study dan masa tu juga aku sibuk mencari kerja. 

Seperti yang orang lain, aku juga punya impian, Mana lagi kalau bukan KL lah tempat pilihan untuk memperjudikan nasib dan tawaran kerja sebagai animator di salah sebuah syarikat animasi terkenal dengan gaji yang agak lumayan sebagai orang fresh grad. Dan masa tu mak juga agak tenat, bila dimasukkan ke hospital dan doktor membuat keputusan untuk memotong kaki mak. Bapak masa tu tegas taknak buat untuk mak, Sebab kami masih tak sanggup hadapi semua ni. Jadi selepas berbincang dengan semua ahli keluarga dan adik-adik mak. Kami keluarkan mak dari hospital mencari perubatan alternatif beralih kepada perubatan hemopati. TAPI ...




PENGORBANAN

Ketika tu adik beradik aku masing2 punya komitmen, abang dah berkahwin, kakak aku pula baru membina kerjaya dan aku??? Aku baru mencari kerja, aku korbankan gaji lumayan dan cita-cita aku untuk sementara waktu untuk mak. Ya.. apalah sangat apa yang aku buat berbanding jasa mak, cari duit untuk sekolahkan aku, bantu bapak kuatkan ekonomi keluarga dengan menjadi pengasuh, tukang jahit dan menanam sayur disekitar rumah. Allah saja tahu betapa struggle mak besarkan kami. 

Masa mak baru keluar dan setiap seminggu kami akan bawa mak ke Kepala Batas untuk jumpa sensei Hemopati untuk berubat luka mak dan perbelanjaan setiap minggu hampir 1K. Mujur mak mak sedara aku tak pernah berkira duit sebab mak adalah kakak yang menjaga dan membesarkan dorang dari kecil sampai besar. 

Penjagaan Hemopati tak seeprti perubatan moden, penjagaan nya lebih rapi, mak tinggal kan ubat hospital supaya kesannya lebih cepat dan lebih berkesan. Setiap tiga jam, aku akan menuang air akar kayu di kawasan luka diabetes di tapak kaki mak. Setiap 5 jam, aku akan buat dressing, cuci luka, potong isi-isi kaki yang dah mati, dan dari situ akan nampak isi-baru dipermukaan tapak kaki mak mula tumbuh. Bapa pula, amik peranan angkat dan tolong bagi mandi mak, sebab masa permulaan mak agak lemah untuk berdiri dan berjalan sendiri disebabkan hampir separuh tapak kaki mak dah rosak akibat diabetes.

EMOSI

Tak semua orang dapat handle situation bila keluarga ditimpa musibah begini. Kesabaran dan tolak ansur sangat penting. Orang yang sakit perlu happy, janganlah dibebankan lagi mereka dengan sebarng masalah. Tidak salah melibatkan mereka dan masih juga bercerita tentang apa yang berlaku dalam kehidupan harian mereka, tapi jangan sekali harung mereka dalam masalah yang kita alami. Jangan ditambah derita mereka. Itulah yang kami sekeluarga hadapi, orang luar mungkin takkan tahu apa yang keluarga pesakit hadapi dan lalui. Sebab itu kita jangan... jangan sesekali cepat untuk menilai keluarga mereka hanya kerana kita lihat, keluarga pesakit meninggi suara kepada pesakit. Dalam situasi aku dulu, aku sentiasa jadi anak yang garang berbanding kakak or bapak aku, sebab aku terpaksa sekat mak dari maik makanan yang dia tak boleh makan. Bila mak makan sikit benda yang manis, aku dah mula bagi ingatan. 
"Mak.. dah cukup2 la tu. nanti mak juga yang sakit"
Walaupun kekdang aku terpaksa menegur dihadapan orang yang membawa makanan untuk mak. Bukan sebab aku tidak menghormati, tapi sakit dia, kami yang hadap, sakit dia, kami yang sakit melihat deritanya. Orang mungkin boleh bercakap saja. Cuba diri sendiri yang kena. Macam tu juga aku dulu yang pernah komen kawan aku marah bapaknya makan sebungkus gula-gula cadburry, aku tegur cara kawan aku tegur. Kawan aku terus bantah cakap aku. 
"Kita bukan tak hormat, tapi orang tua-tua ni dorang dah jadi macam budak kecik.. kita anak la kena tegur larang."
Tapi bagi aku lepas pengalaman dengan mak, susah untuk kita nak elak dorang dari nak makan makan yang dorang kena pantang. Bayangkan saja 50 tahun boleh makan apa saja tanpa larangan, Boleh ke kita nak ubah tabiat makan kita dalam masa sebulan? 2 bulan? 
Pengalaman aku...
Pelan-pelan, bagi juga tapi kawal sukatan yang kita bagi pada mereka, nak rasa, amik semangkuk, nah kasi dorang makan. Orang sakit ni semua benda dia teringin, bagi sikit, dia pun tahu dia sakit, dia takkan makan banyak. Cut down peerlahan-lahan makanan yang akan buat gula dia naik.

REZEKI AKU DAN BAHAGIA HIDUP

Alhamdulillah setelah tiga bulan aku melalui rutin tuang air akar kayu kat luka tapak kaki mak, progess yang memberansangkan bila isi-isi baru mula tumbuh dan mak semakin sihat. Bila aku imbas balik kenapa mak boleh jadi kuat dan kuat balik, sihat dan kembali aktif. Sebab kami adik beradik ada disekeliling mak masa tu. Memang sangat luarbiasa, bila mak pergi check doktor pun doktor hampir terkejut, kencing manis mak turun, dan luka mak dah baik. Mak dah boleh jalan seperti biasa. Dan aku pula, dapat kerja sebagai Pereka Grafik di salah sebuah syarikat outdoor advertising di Penang. Sebab tu aku cakap, betapa perlukanya kita bagi sokongan dan semangat pada pesakit. Aku tak tahu apa hormon apa yang dalam badan kita semua yang wujud melawan segala musuh-musuh tak baik dalam badan, hanya kerana pesakit happy, hati pesakit tenang dan pesakit punya sifat positif kerana anak-anak dia berada di sekeliling kita. Yang penting elakkan "DRAMA" depan pesakit. Tak yah nak drama sangat. Kalau nak drama, drama sesama kita kita tanpa pesakit sedar pun. 

AKU SILAP LANGKAH

Perkara yang tak mungkin aku maafkan diri aku sampai sekarang adalah sebab aku buat keputusan yang silap hanya keran ghairah dengan tawaran lumayan kehidupan kota dan aku korbankan kegembiraan ibu aku.....arwah mak. Dan kesilapan demi kesilapan aku lakukan ketika penghijrahan aku di kota. Aku lupa segalanya, kegembiraan mak, kebahagian mak. Entahlah... mungkin aku berasa sunyi lepas kakak berkahwin, walaupun kami tak lah serapat mana, tapi dia umpama teman gaduh, lepas aku balik kerja naik atas rumah, aku rasa kosong. Kalau tak, aku masih lagi boleh ajak dia bergaduh or lepak tengok tv dengan kakak aku. Ya itulah silapnya aku dan di sebabkan kesilapan aku tu, kaki kanan mak tak dapat diselamat.

Kalau dulu aku bangga aku penyelamat kaki kiri mak, sehingga sekarang aku masih salahkan diri aku sebab akulah punca utama mak kehilangan kaki mak.

Tanggal 18.01.2009, tarikh harilahir aku... kaki kanan mak terpaksa dipotong untuk mengelakkan kuman merebak ke hati. 

Satu yang aku ingat sampai bila..bila sampai saja hospital dan aku peluk mak. Aku nangis,mak usap kepala aku dan tenang dia bercakap.

"Mak korbankan kaki mak, asalkan anak mak dapat berjalan ke hadapan untuk cita-cita dia. Jangan hampakan mak. Jangan lagi buat salah dan kecewakan mak. Sebab mak tahu intan kuat semangat mcm mak"

Sejak dari kejadian tu, aku tinggalkan keseronokan, kawan hiburan, aku tinggalkan dunia aku yang melalaikan. Aku tinggalkan semua yang memeritkan. Focus aku hanya pada kejayaan. Aku nak mak aku bangga punya anak seperti aku. Yang berjaya dari segi kehidupan dan kerjaya.

Tapi mak juga tidak selalu kuat, bila salah satu anggotanya hilang, mak juga hilang arah. Mak juga pernah merungut tentang keterbatasan dia bergerak. Mak juga pernah mengalir airmata kerana terluka dengan tindakan setengah orang yang tak sedar mereka melukakan hatinya dengan tindakan mereka. Mak juga pernah hilang sikap positifnya bila dia rasa dia tidak berguna pada ahli keluarga lain kerana mak sudah tak boleh menyiapkan sarapan untuk keluarganya.

Mak cepat kembali ke rah positif. Mak cakap, berpuluh tahun mak buat kerja tanpa henti, dari budak ke anak dara. Mungkin Allah nak mak berehat dengan cara yang macam ni, duduk saja tengok orang pulak buat kerja sebab kalau mak masih ada kaki, mak takkan duduk diam.

Ya... dia takkan duduk diam. Aku masih ingat dia gagahi masakkan aku 'gulai pisang muda' dengan berkerusi roda dan sebelah kakinya berdiri mengacau gulai di dapur hanya kerana aku bersuara, mak sedapnya gulai mak... rindu nak makan air tangan mak. Itulah semangat seorang mak. Lagi hangpa semua tak jadi mak, hangpa takkan paham semangat seorang mak. Dan kini aku juga seorang ibu dan ku semakin mengerti apa yang ibu aku rasakan dulu. 

Aku kembali ke kampung halaman dan aku bertuah kerana syarikat yang aku bekerja ketika itu ada cawangan di Penang. Walaupun singkat masa aku bersama mak time tu, aku dapat rasakan aku makin dekat diri aku dengan Allah, dengan semua qada dan qadar alam.

SIAPA KITA UNTUK MENGHALANG TAKDIRNYA

Aku tak lama di Penang dan aku kembali ke kota demi kerjaya. Ketika tu, kesihatan mak semakin merudum. Mak dari hari ke hari makin tak sihat. Tapi aku masih jalankan tanggungjawab aku seperti biasa. Boleh katakan hampir setiap bulan aku akan balik ke penang untuk menjengok mak. Begitu juga kakak. Dan masa tu aku hampir merajuk hati bila mak asyik mempersoalkan aku tentang jodoh. Waktu tu aku belum tahu..... rupanya mak seakan tahu masanya akan tiba di satu masa. Pernah sekali mak menelefon aku hanya untuk mengatur jodohku dengan seseorang dan dia merajuk, sebelum matikan talian, mak sempat cakap. Kalau mak tak dak,sapa nak tengok hang? sapa nak dengar luahan dan hang nak manja dengan sapa. KAMI SAMA-SAMA MERAJUK.... dan sebulan lepas tu, aku jumpa dengan suami aku.

BILA TIDAK SEMUA AHLI KELUARGA MAINKAN PERANAN

Semua orang ada peranan masing-masing bila ibubapa kita dalam keadaan yang tidak sempurna, kerana itulah saja masa yang kita ada untuk membalas budi mereka walaupun peranan kita tidak seberapa. Bila ada yang tak mainkan peranan sepatutnya, inilah jadinya. Aku tidak menuding jari pada sesiapa. Aku juga ada salahnya. Kakak aku juga berusaha demi yang terbaik. Kami berdua banyak mememdam rasa. Tapi tak guna dikenang lagi perkara yang lepas.

Apa yang aku nak tekankan, mainlah peranan sebagai anak jika ibu bapa kita dah tua, sakit. Berilah mereka ruang untuk berehat dan hanya Walaupun macam mana pun masalah yang kita kena hadap, berusahalah mengatasinya tanpa membebankan mereka yang dah tua. Mereka juga pernah bermasalah seperti kita ketika di usia kita, tapi mereka juga mencari inisiatif sendiri, berdikari. Jangan dibebankan mereka dan diheret sama dengan masalah kita. Jika perlukan nasihat dan pandangan barulah disalurkan kepada mereka. tetapi jangan sesekali mengambil kesempatan jika mereka menawarkan diri menolong kita. 

Sebagai ibubapa, parents manapun takkan pernah mahu melihat anaknya susah hati dan berada dalam masalah. Jangan dimatikan perasaan mereka hanya kerana keegoaan dan kedegilan diri kita. Mereka takkan pernah berdendam dengan anak. Mereka takkan pernah mengatakan tidak jika kita meminta pertolongan walau setua dan sesakit mana pun mereka menderita kerananya.

UNSANG HERO

Betapa aku sedar tentang pengorbanan dia sepanjang menjaga arwah mak. Walaupun bapak terkenal dengan seorang yang garang.... tapi sepanjang aku hidup, belum pernah aku tengok seorang lelaki yang menguruskan rumahtangga dan isterinya hampir 10 tahun tanpa mengabaikan agama dan urusan hariannya. dapur rumah sentiasa bersih, pinggan mangguk sentiasa terbasuh, Nasi terhidang di meja utuk mak aku jamah tepat masanya jika tiada urusan kampung yang perlu dia hadiri. 
BAPAK......
BAPAK.....
BAPAK.....
BAPAK......... moga bapak sentiasa dikurniaan kesihatan yang baik, kerna bapak adalah mak lepas mak tiada dalam hidup intan. Kerna bapak juga nafas kami untuk secebis semngat yang mak tinggalkan. Kerna bapak juga kuat macam mak. 

Sayang Selalu,
Intan Salim
26-Jul-2016















Saturday 20 February 2016

Penat ke jadi suri rumah

Dekat kul 4 baru dapat duduk..
Tengah duduk nak relax sambil makan kopok ikan.. tetiba aku teringat kat arwah mak. Suddenly aku impress dengan semua suri rumah seleruh dunia.
Dulu waktu aku bujang...time aku tak ada anak lagi, sempat bergolek2, sempat bersenang di hari minggu.

Sekarang timing semua berubah, timing dah ikut timing anak. Kul 6 pagi bgn godek2 masak untuk suami.. kul 7.30 si kecik dah bangun. Main2 kejab ngan dia bagi susu badan..dia leka ja lari masuk mandi, sambil mandi, sambil gosok gigi..tengah gosok gigi,tengok lantai bilik air mcm ada daki, tangan capai brush sental lantai. Elok dok syampoo rambut dengar anak dah melalak..cepat2 mandi kuar bilik air angkat anak, smbil tu juga bersiap. Sambil ngendeng anak sambil suap sarapan. Sudah ja..sedia untuk anak mandi plak.. dah siap dia mandi, bg susu dia gone for lalaland...
Jam pukul 930, ok time tu kalut basuh baju, sambil tunggu mesin basuh kering baju, lari dapur bok kuar bahan2 nak masak.. Masak apa hari ni dah pikir malam tadi, kalau time tu juga nak fikir gerenti jam. Time tu juga sat sat tengok buai, takut si kecik bangun.
Baru siap potong bawang dia dah nangis.. angkat sumbat balik susu..dia sambung tido balik..
Time tu macam lipas kudung, apa yg boleh masak masak ja.
Elok siap masak si kecik pun bangun, letak dia kt bawah sambil main.. tetiba nampak sawang. Haih hati dah geram. Sabaq sat. Lepas session ketiga si kecik tidoq.. cepat amik penyapu dan mop, sawang semua spider web n mop lantai.
Kul 1230, husband call cakap balik makan kt rumah.
Siapkan makan..sambil lunch sambil ngendeng si kecik siap juga sepinggan makan.
Sementara husband dok ada pas kt dia sat jaga anak... lari p solat zohor.
Habis ja suap susu bagi anak tido balik. Mood tido buat tak mau tido plak.. kena laa main bg dia happy, letih mata dah layu cepat2 suap susu..dia lena, terus bok masuk buai..lari angkat baju terus lipat.. bukan apa kalau bertangguh alamatnya bertimbun. Terkelepek!!!
Time ni laa aku rasa betoi kagum ngan mak aku. Aku baru anak sorang, rasa kelam kelibut. Macam mana la orang yang ada anak ramai. Mak aku dulu 4 orang kami.. tapi tetiap hari pagi, tengahri, minum petang, makan malam..complete.. yang penting dulu aku balik sekolah agama ja dia dah siap karipap panas atas meja. Siap petang tu dia boleh tanam cabai,sapu satu laman rumah. Rumah kampung tk macam rumah pekan laman dia.. ada depan tepi tengah belakang semua dia kemas... berasap ja keliling rumah petang2.
Malam dia masak makanan lain pulak. Sebab tu masa aku kecik2 dulu aku gemuk, sebab mak aku masak sedap dab dia pulak mereka macam2 nak bagi anak makan.
Masa lunch tadi..minta maaf kat husband sebab dapat masak dua jenis lauk ja. Husband angguk. Dia ok ja. Selamat la aku dpt orang yang tak cerewet makan. Kalau dak alamatnya dah kena complaint.

Sebab tu aku betul-betul impress ngan mak mak dalam dunia ni. Yang penting tahap aku belum sampai macam arwah mak aku dan aku harap aku dapat jadi wanita kental dan pandai bahagi masa macam mak aku.

P/s: time aku taip entry ni pun sambil aku bg tido si kecik sambil menyusu.. multitasking

Sunday 17 January 2016

New phase new challage accepted

Yuhuuu... Alhamdulillah iman makin besar.. dah mula bergigle kalau kena keletek. Its time for me to move to the next level in my life. APAKAh???
Hehehe.. Actually dari aku tengah pantang hubby dah mula suruh aku quit dari kerja and focus anak...tp aku minta tangguh.

Nak ikutkan aku memang beruntung dapat bos yang memang understanding, benarkan aku bawa anak ke office, siap aku pindah dok dalam bilik sebab nak privasi time nursing Iman.

Suami aku cakap buat masa ni anak lagi penting. Yakin pada rezeki allah. Alhamdulillah dua2 kami tak ada komitmen tinggi macam orang lain. So keputusan ikut cakap suami aku tu aku ikut dengan penuh redha. Yang penting iman dapat membesar dengan sempurna.

Next step plan lepas iman 6 month. InsyaAllah aku akan come out dengan kemahiran dan pengalaman juga kelebihan yang aku timba selama aku jatuh dan bangun...

I know i can do it..

Love,
Intan

Thursday 14 January 2016

Catch Up posting

Alhamdulillah syukur kepada Allah, diam tak diam... Dah setahun aku mendirikan rumah tangga. Perjalanan yang Allah tetapkan untuk setiap hambanya tu amat cantik. Lambat atau tidak jodoh kita itu ketentuan. Aku yakin ramai juga di kalangan kita yang mengeluh jodoh tak sampai, ader yang tertanya- tanya... Kenapa laaa susah betul jodoh nak lekat.

Ikut pengalaman aku, aku pun ader juga question yang cepu emas kuar kat pala otak sampai ader satu ketika saat tu, aku dah mula feed up dengan relationship. So dalam kotak fikiran aku. I will be forever alone till i die. Lagi better... tup tup , one day kalau dah allah cakap KUN FA YA KUN.. kau nak ker kau tak nak ker..kalau dah time tu terbuka hati kau nak terima lelaki... tup tup kahwin laa kau walaupun kau cuba elak dari nak kawin.

Masa tu plak, aku dah nak aktif balik jadi kaki joli, sebab kononya frust dengan realiti hidup yang asyik2 kena ngan sang jantan. Tapi alhamdulillah, allah hantarkan aku dengan orang yang aku sendiri tak pernah terfikir pun akan dapat. Kami pernah sekolej, tarikh lahir kami hampir sama, lahir pada tahun yang sama, which is aku ngan dia sama umur. so kalau jodoh ini berkekalan sampai tua.. aku ngan dia sama umoq laa sampai tua.dan yang plaing best birthday mak mertua aku dan arwah mak aku just selang sehari.

Nampak tak di situ betapa cantik allah atur untuk kita. Kekadang kita manusia ni yang tak beredan dok pi cari bala. 

Bagi aku laa kalau kita lambat jodoh... cer kita audit balik diri kita istiqamah yang elok-elok. 

1.) mungkin tanggungjawab kita pada mak ayah kita belum betoi selesai
2.) mungkin pada luaran kita rasa kita dah sedia untuk berkahwin tp dalaman kita yang not ready
3.) mungkin juga kita akan mengharungi satu pengalaman demi pengalaman untuk persedian kita di masa hadapan... (fikir positive - mana tau jadi isteri sultan mana -mana ka, kena prepare habis mental and fizikal) - joke only, kalau rezeki hangpa sapa tau
4.) mungkin sebagai manusia kita kena belajar untuk redha..sebab nak jadi redha tu yang yang payah

So.....apapun sebagai orang yang baru kawin..aku pun ade rasa takut. Takut macam2. paranoid. lagi2 plak dah dpt anak. Oklah..catch up posting aku berenti di sini.. Kita sambung nanti..untuk 2nd posting.
 

Copyright © Story of Diamond Madella. Template created by Volverene from Templates Block
WP by WP Themes Master | Price of Silver